Friday, 14 October 2016

ISU SEMASA


Paralimpik Rio: Atlet Paralimpik Malaysia luar biasa


Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang isu semasa yang menjadi topik perbualan sepanjang bulan September. Sorotan kisah kejayaan ini dapat kita lihat bermula daripada 11 September 2016 sehingga 20 September 2016. Isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun rakyat dari negara lain ialah melibatkan “Sukan Paralimpik Rio” yang menjanjikan suatu kejutan buat rakyat Malaysia. Perkara ini dirujuk daripada kata-kata Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak yang mengatakan bahawa “Atlet Paralimpik Malaysia Luar Biasa”.

Sumber dari Berita Awani pada 11 September 2016 untuk Sukan Paralimpik Rio, Malaysia telah menghantar wakil-wakil atlet yang lebih dikenali sebagai Abdul Latif Romly, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dan Muhammad Ziyad Zolkefli. Mereka adalah kebanggaan negara di atas pencapaian yang sangat memberangsangkan. Atlet pertama seorang dikenali sebagai Abdul Latif Romly telah memecah rekod dunia dan menghadiahkan emas ketiga negara Abdul Latif Romly berasal dari Perlis telah mencatatkan rekod dunia dengan lompatan kedua, ketiga dan keempatnya dalam acara lompat jauh. Beliau telah menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima. Pada lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudah pun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m. Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m. Bagi memudahkan kefahaman saya sertakan bersama ranking yang diperoleh dari laman web astro awani. Maklumat ini menunjukkan jarak meter yang paling jauh dilakukan oleh setiap peserta mengikut lompatan masaing-masing. Abdul Latif Romly mewakili negara Malaysia berada di tempat pertama telah mendahului rakan-rakannya dari negara lain. Di sebelah informasi ranking tersebut saya sertakan bersama komen atau maklum balas dari seorang Menteri Sukan iaitu Khairy Jamaluddin melalui akaun Twitternya.

Official. Another WORLD RECORD. Latif tak bagi chance langsung. #TerbangLatifTerbang #GoForGold

  

Tiga emas yang diperolehi oleh Latif Romly sememangnya satu pencapaian yang cukup hebat buat negara. Hal ini terutama sekali selepas harapan emas negara di Olimpik belum dapat direalisasikan. Latif bukan sahaja memenangi pingat emas, malah lebih membanggakan Latif merupakan seorang atlet berusia 19 tahun itu telah memecahkan tiga rekod dunia!

Dahulunya, Malaysia meraih emas pertama di sukan Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia. Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). 




Lebih membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru. Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012. Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh dua anak istimewa negara. Sejak awal pagi tersebut, ucapan tahniah dan terima kasih mula membanjiri media sosial. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil kesempatan untuk berkongsi berita gembira ini serta mengucapkan tahniah kepada Ridzuan dan Ziyad menerusi akaun Twitternya. 

Pada pendapat saya, isu ini merupakan satu isu yang sangat perlu kita banggakan sebagai seorang rakyat Malaysia. Isu ini bukan sekadar memaparkan kejayaan yang diperolehi oleh individu tersebut, malah memaparkan kesungguhan, dan tekad yang tinggi dalam berusaha untuk mencapai apa-apa sahaja yang diinginkan. Keinginannya untuk berjaya telah membuka mata dunia bahawa insan yang istimewa seperti mereka turut berkebolehan dan berjaya dalam pelbagai bidang. Sekaligus, mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang memandang rendah terhadap kekurangan yang ada pada mereka. Benar, mereka dalam keadaan kekurangan, tetapi keadaan itu sama sekali tidak menganggu mereka. Malah, menjadikan mereka sebagai seorang individu yang lebih tabah, berani, dan kuat untuk mengharungi segala liku kehidupan yang mendatang. Kita sebagai manusia yang dianugerahkan kesempurnaan fizikal dan mental, mulakanlah dari sekarang ubah diri anda kearah yang kemajuan yang lebih baik.

Hal ini kerana, jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Jadikan mereka sebagai contoh, dan refleksi diri sendiri. Semoga saya berjaya dan anda juga berjaya. Sekian dari saya, terima kasih dan assalamualaikum. 

1 comment: