SELASA,
11 OKTOBER 2016 @ 9:47 AM
Air
pasang besar dijangka di Kuala Perlis, Selasa depan
Pada
hari ini, saya akan berkongsi tentang isu semasa yang menjadi topik perbualan
sepanjang bulan Oktober. Isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat
Malaysia apatah lagi penduduk di Kuala Perlis. Sudah semestinya mereka lebih
risau akan keadaan sekeliling mereka yang tidak menentu. Penduduk di sekitar
pesisir pantai di Kuala Perlis perlu peka perkembangan cuaca dan mematuhi
arahan pihak berkuasa berikutan fenomena air pasang besar dijangka mencecah
paras tertinggi 3.6 meter pada 18 Oktober ini.
Sumber
dari BERNAMA, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Datuk Muhammad Yusoff Wazir, berkata paras air laut dijangka berada pada paras
tertinggi antara 17 hingga 19 Oktober. "Sumber Jadual Pasang Surut
Malaysia 2016 keluaran Pusat Hidrografi Nasional TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia)
menjangkakan semasa tempoh terbabit, paras air pasang tertinggi adalah pada
1.38 pagi, 18 Oktober dan diharap cuaca tidak diburukkan lagi dengan kehadiran
angin kencang. "Yang penting, penduduk perlu bertindak cepat apabila
mendapat arahan daripada pihak berkuasa, terutama jika perlu berpindah ke pusat
penempatan sementara," katanya.
Sementara
itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Perlis, Ismail Ladin, berkata
pihaknya telah memaklumkan kepada kira-kira 1,685 nelayan melalui persatuan
nelayan di Kuala Perlis dan Kuala Sungai Baru mengenai situasi berkenaan agar
mereka mengambil langkah keselamatan. "LKIM terus memantau keadaan laut.
Bagi menahan pukulan ombak dan mengurangkan impak limpahan air, kerajaan telah
memasang kawat blok batu disusun membentuk benteng yang berfungsi menyerap tenaga
hempasan ombak," katanya.
Pada
pandangan saya, kejadian ini merupakan bencana alam yang tidak dapat dijangka
oleh mana-mana pihak. Oleh hal yng demikian, masyarakat setempat perlu lebih
berhati-hati dalam keadaan seperti ini. Hal ini bagi mengelakkan daripada
berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa, cedera
dan sebagainya. Pihak-pihak yang bertanggungjawab juga sedang berusaha sedaya
usaha mereka dalam memastikan kebajikan masyarakat terjaga dari sudut tempat
tinggal sementara, makan dan minum serta keperluan lain. Akhir kata, jagalah
keselamatan diri dan keluarga anda.
No comments:
Post a Comment