Paralimpik Rio: Atlet Paralimpik Malaysia luar biasa
Pada
hari ini, saya akan berkongsi tentang isu semasa yang menjadi topik perbualan sepanjang
bulan September. Sorotan kisah kejayaan ini dapat kita lihat bermula daripada
11 September 2016 sehingga 20 September 2016. Isu yang hangat diperkatakan
dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun rakyat dari negara lain ialah melibatkan
“Sukan Paralimpik Rio” yang menjanjikan suatu kejutan buat rakyat Malaysia. Perkara
ini dirujuk daripada kata-kata Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Y.A.B Dato’
Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak yang mengatakan bahawa “Atlet Paralimpik
Malaysia Luar Biasa”.
Sumber
dari Berita Awani pada 11 September 2016 untuk Sukan Paralimpik Rio, Malaysia
telah menghantar wakil-wakil atlet yang lebih dikenali sebagai Abdul Latif
Romly, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dan Muhammad Ziyad Zolkefli. Mereka adalah
kebanggaan negara di atas pencapaian yang sangat memberangsangkan. Atlet
pertama seorang dikenali sebagai Abdul Latif Romly telah memecah rekod dunia
dan menghadiahkan emas ketiga negara Abdul Latif Romly berasal dari Perlis
telah mencatatkan rekod dunia dengan lompatan kedua, ketiga dan keempatnya
dalam acara lompat jauh. Beliau telah menewaskan pesaingnya yang lain dalam
acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60
meter (m) dalam lompatan kelima. Pada lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya
sahaja sudah pun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan
7.47m dan 7.54m. Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula
sekadar mencatatkan 6.79m. Bagi memudahkan kefahaman saya sertakan bersama
ranking yang diperoleh dari laman web astro awani. Maklumat ini menunjukkan
jarak meter yang paling jauh dilakukan oleh setiap peserta mengikut lompatan
masaing-masing. Abdul Latif Romly mewakili negara Malaysia berada di tempat
pertama telah mendahului rakan-rakannya dari negara lain. Di sebelah informasi
ranking tersebut saya sertakan bersama komen atau maklum balas dari seorang
Menteri Sukan iaitu Khairy Jamaluddin melalui akaun Twitternya.

Tiga
emas yang diperolehi oleh Latif Romly sememangnya satu pencapaian yang cukup
hebat buat negara. Hal ini terutama sekali selepas harapan emas negara di
Olimpik belum dapat direalisasikan. Latif bukan sahaja memenangi pingat emas,
malah lebih membanggakan Latif merupakan seorang atlet berusia 19 tahun itu
telah memecahkan tiga rekod dunia!
Dahulunya,
Malaysia meraih emas pertama di sukan Paralimpik Rio dalam acara 100m
T36 (celebral palsy) yang disumbangkan oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi,
dengan rekod baharu dunia. Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad
Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah
pembelajaran).

Lebih
membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia. Mohamad
Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara
100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli pula meraih pingat
emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru. Ziyad
melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat
Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012. Kejayaan
ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu
sejarah yang dicipta oleh dua anak istimewa negara. Sejak awal pagi tersebut,
ucapan tahniah dan terima kasih mula membanjiri media sosial. Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil kesempatan untuk berkongsi berita gembira
ini serta mengucapkan tahniah kepada Ridzuan dan Ziyad menerusi akaun
Twitternya.
Pada
pendapat saya, isu ini merupakan satu isu yang sangat perlu kita banggakan sebagai
seorang rakyat Malaysia. Isu ini bukan sekadar memaparkan kejayaan yang
diperolehi oleh individu tersebut, malah memaparkan kesungguhan, dan tekad yang
tinggi dalam berusaha untuk mencapai apa-apa sahaja yang diinginkan. Keinginannya
untuk berjaya telah membuka mata dunia bahawa insan yang istimewa seperti
mereka turut berkebolehan dan berjaya dalam pelbagai bidang. Sekaligus,
mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang memandang rendah terhadap
kekurangan yang ada pada mereka. Benar, mereka dalam keadaan kekurangan, tetapi
keadaan itu sama sekali tidak menganggu mereka. Malah, menjadikan mereka
sebagai seorang individu yang lebih tabah, berani, dan kuat untuk mengharungi
segala liku kehidupan yang mendatang. Kita sebagai manusia yang dianugerahkan
kesempurnaan fizikal dan mental, mulakanlah dari sekarang ubah diri anda kearah
yang kemajuan yang lebih baik.
Hal
ini kerana, jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Jadikan mereka sebagai
contoh, dan refleksi diri sendiri. Semoga saya berjaya dan anda juga berjaya.
Sekian dari saya, terima kasih dan assalamualaikum.