Wednesday, 26 October 2016

Isu Semasa II

SELASA, 11 OKTOBER 2016 @ 9:47 AM

Air pasang besar dijangka di Kuala Perlis, Selasa depan



Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang isu semasa yang menjadi topik perbualan sepanjang bulan Oktober. Isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat Malaysia apatah lagi penduduk di Kuala Perlis. Sudah semestinya mereka lebih risau akan keadaan sekeliling mereka yang tidak menentu. Penduduk di sekitar pesisir pantai di Kuala Perlis perlu peka perkembangan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan fenomena air pasang besar dijangka mencecah paras tertinggi 3.6 meter pada 18 Oktober ini.

Sumber dari BERNAMA, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Muhammad Yusoff Wazir, berkata paras air laut dijangka berada pada paras tertinggi antara 17 hingga 19 Oktober. "Sumber Jadual Pasang Surut Malaysia 2016 keluaran Pusat Hidrografi Nasional TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) menjangkakan semasa tempoh terbabit, paras air pasang tertinggi adalah pada 1.38 pagi, 18 Oktober dan diharap cuaca tidak diburukkan lagi dengan kehadiran angin kencang. "Yang penting, penduduk perlu bertindak cepat apabila mendapat arahan daripada pihak berkuasa, terutama jika perlu berpindah ke pusat penempatan sementara," katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Perlis, Ismail Ladin, berkata pihaknya telah memaklumkan kepada kira-kira 1,685 nelayan melalui persatuan nelayan di Kuala Perlis dan Kuala Sungai Baru mengenai situasi berkenaan agar mereka mengambil langkah keselamatan. "LKIM terus memantau keadaan laut. Bagi menahan pukulan ombak dan mengurangkan impak limpahan air, kerajaan telah memasang kawat blok batu disusun membentuk benteng yang berfungsi menyerap tenaga hempasan ombak," katanya.


Pada pandangan saya, kejadian ini merupakan bencana alam yang tidak dapat dijangka oleh mana-mana pihak. Oleh hal yng demikian, masyarakat setempat perlu lebih berhati-hati dalam keadaan seperti ini. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa, cedera dan sebagainya. Pihak-pihak yang bertanggungjawab juga sedang berusaha sedaya usaha mereka dalam memastikan kebajikan masyarakat terjaga dari sudut tempat tinggal sementara, makan dan minum serta keperluan lain. Akhir kata, jagalah keselamatan diri dan keluarga anda. 

Friday, 14 October 2016

ISU SEMASA


Paralimpik Rio: Atlet Paralimpik Malaysia luar biasa


Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang isu semasa yang menjadi topik perbualan sepanjang bulan September. Sorotan kisah kejayaan ini dapat kita lihat bermula daripada 11 September 2016 sehingga 20 September 2016. Isu yang hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun rakyat dari negara lain ialah melibatkan “Sukan Paralimpik Rio” yang menjanjikan suatu kejutan buat rakyat Malaysia. Perkara ini dirujuk daripada kata-kata Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak yang mengatakan bahawa “Atlet Paralimpik Malaysia Luar Biasa”.

Sumber dari Berita Awani pada 11 September 2016 untuk Sukan Paralimpik Rio, Malaysia telah menghantar wakil-wakil atlet yang lebih dikenali sebagai Abdul Latif Romly, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dan Muhammad Ziyad Zolkefli. Mereka adalah kebanggaan negara di atas pencapaian yang sangat memberangsangkan. Atlet pertama seorang dikenali sebagai Abdul Latif Romly telah memecah rekod dunia dan menghadiahkan emas ketiga negara Abdul Latif Romly berasal dari Perlis telah mencatatkan rekod dunia dengan lompatan kedua, ketiga dan keempatnya dalam acara lompat jauh. Beliau telah menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima. Pada lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudah pun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m. Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m. Bagi memudahkan kefahaman saya sertakan bersama ranking yang diperoleh dari laman web astro awani. Maklumat ini menunjukkan jarak meter yang paling jauh dilakukan oleh setiap peserta mengikut lompatan masaing-masing. Abdul Latif Romly mewakili negara Malaysia berada di tempat pertama telah mendahului rakan-rakannya dari negara lain. Di sebelah informasi ranking tersebut saya sertakan bersama komen atau maklum balas dari seorang Menteri Sukan iaitu Khairy Jamaluddin melalui akaun Twitternya.

Official. Another WORLD RECORD. Latif tak bagi chance langsung. #TerbangLatifTerbang #GoForGold

  

Tiga emas yang diperolehi oleh Latif Romly sememangnya satu pencapaian yang cukup hebat buat negara. Hal ini terutama sekali selepas harapan emas negara di Olimpik belum dapat direalisasikan. Latif bukan sahaja memenangi pingat emas, malah lebih membanggakan Latif merupakan seorang atlet berusia 19 tahun itu telah memecahkan tiga rekod dunia!

Dahulunya, Malaysia meraih emas pertama di sukan Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia. Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). 




Lebih membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru. Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012. Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh dua anak istimewa negara. Sejak awal pagi tersebut, ucapan tahniah dan terima kasih mula membanjiri media sosial. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengambil kesempatan untuk berkongsi berita gembira ini serta mengucapkan tahniah kepada Ridzuan dan Ziyad menerusi akaun Twitternya. 

Pada pendapat saya, isu ini merupakan satu isu yang sangat perlu kita banggakan sebagai seorang rakyat Malaysia. Isu ini bukan sekadar memaparkan kejayaan yang diperolehi oleh individu tersebut, malah memaparkan kesungguhan, dan tekad yang tinggi dalam berusaha untuk mencapai apa-apa sahaja yang diinginkan. Keinginannya untuk berjaya telah membuka mata dunia bahawa insan yang istimewa seperti mereka turut berkebolehan dan berjaya dalam pelbagai bidang. Sekaligus, mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang memandang rendah terhadap kekurangan yang ada pada mereka. Benar, mereka dalam keadaan kekurangan, tetapi keadaan itu sama sekali tidak menganggu mereka. Malah, menjadikan mereka sebagai seorang individu yang lebih tabah, berani, dan kuat untuk mengharungi segala liku kehidupan yang mendatang. Kita sebagai manusia yang dianugerahkan kesempurnaan fizikal dan mental, mulakanlah dari sekarang ubah diri anda kearah yang kemajuan yang lebih baik.

Hal ini kerana, jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Jadikan mereka sebagai contoh, dan refleksi diri sendiri. Semoga saya berjaya dan anda juga berjaya. Sekian dari saya, terima kasih dan assalamualaikum. 

Saturday, 3 September 2016

Dekat mana DKG 1, DKG 2, DKG 3, DKG 4, SMMTC, COLGIS, CAS, COB?


Assalamualaikum and hi everyone,
Kelmarin sampai UUM. So, bersedia untuk semester baru okayy! *currently busy kemas bilik sebab pantry dpp petronas baru buka. *penat

So, today. ada jugak dengar dari adik adik yang nak tahu dekat mana kelas dkg 1, 2, 3 ,4, 6, BTA, BKBM, ape semua kan. Thus, here some help from me. Hope that this might help all of you looking for the class okayy.

First sekali. Dah confirm confirm lah kan semua ada smartphone nowadays. Tipu siapa cakap tadeeeeee. Pukk korang nanti. Tak kisahlah PlayStore ke AppStore ke. Korang search UUM Class Finder. Install.


*contoh PlayStore dalam laptop
INSTALL dalam phone lebih mudah, kang ade pulak install dalam laptop. 

Taraaaaa, Dah boleh guna. Godek godek lah dalam tu nanti yeee.

Till here, bubyeee. Datanglah petro makanan sedap. Varsity Mall pun dekat. hahahaha. Okbye,

Selamat ke kelas dengan penuh semangat di dada esok yee semua. Fightingg!

-A

Instagram: @alia_nadhira

Tuesday, 9 August 2016

Congratulations to our new UUM intake students for 2016/2017 session

We Present to You Our Beloved University located in Kedah.

SELAMAT DATANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi everyone.

Okay, kami senior senior UUM dapat maklumat tentang hebahan kemasukan mahasiswa mahasiswi baru Universiti Utara Malaysia bagi sesi 2016/2017.

Ceyy takdela senior sangat. Hahahaa. Sebab intake 2015/2016. Intake sebelum korang. So nanti masuk masuk u saya dah semester 3. Kira dah habis first year degree. and soon furthering my second year. All of you will be entering universities on 1st September right? Don't worry will meet soon, sebab senior akan masuk balik dalam 3rd of 4th September to start our class. 

So, to all of you. This info I got from our MPP's. Majlis Perwakilan Pelajar UUM for new intake in 2016/2017 session.
There you go.

"Kepada adik adik lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma yang menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia."

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Anda dialu alukan untuk menyertai Group FB Rasmi UUM *UUM INTAKE 2016/2017 (OFFICIAL) dibawah

Sebarang pertanyaan, persoalan dan kemusykilan bolehlah diajukan di sana.
Nak tahu pasal kos ke, pasal DPP ke atau INASIS, pasal PTPTN ke, Homestay yang berdekatan dengan UUM ke, semua boleh. Feel free to ask there :)

Kami mengucapkan " Selamat Datang ke UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA. UNIVERSITI DI RIMBA HIJAU."

Ini hashtag kami.
#UniversitiUtaraMalaysia
#uumisthebest
#discoveruum2016
#soaringupwards

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SESI 2015/2016


Okay. If nanti ada apa apa nak tanya boleh terus click link tu tadi. In shaa Allah there will be someone who is in charge to help all of you there. 

Bagi adik adik yang dapat further kos Bachelor of Communication (Hons) B.Comm di UUM
Jangan segan segan boleh DM dekat instagram saya kalau nak tahu tentang kos ni. In shaa Allah I'll help you to clear your thoughts.

Till then.

-A

Instagram: alia_nadhira
                    NAN'R





Saturday, 30 July 2016

Bercerita lah kitaaaa



Master of Ceremony 

"We are born to talk"

Sorry semua takdan nak write up stories. Okay, so harini nak share first try jadi MC for "Traditional Culture Night" collaboration dengan Kolej Teknologi Alpha.

So ni gambarnyaa, dengan kawan kawan yang sangat supportive even baru je kenal mereka semua ni. Thanks a lot everyone.



Yang tudung merah tu namanya "Farhana" nama sweet dia Wawa. MC jugak tu.

Yang tudung orange tu "Syamimi" nama manja dia Mimi.

Yang tudung kuning tu nama gedik dia Wan Athirah. NAma paling gedik dia Tyaaa.















So inilah pengalaman masa jadi Master of Ceremony di UUM. Would like to say that, thank you so much for giving me this kind of opportunities. Thank you so much. -Love.

And yang ni lead as an MC and moderator for CEO Talk. Collaboration between UUM and SME Corporation.

Handling the program with beloved partner Laily.


Thus, secara overall that i can conclude is that. To me, each and every things that we do, we have to be brave. When you have the courage, the passion, it will lead you to something that you din't even expect.

Jadi, ingat, jangan takut untuk mencuba. Cuba, dan cuba. In shaa Allah, semuanya dipermudahkan.

Last but not least, a reminder for me and also to my beloved readers

Everyday challenge yourself to do 1 thing that you afraid of.
Being scared and afraid, its just what we think inside our mind.
Once you are afraid to go and make it real, You'll be scared the whole life.
To succeed, you have to go through every fear you have.

Feel free to ask and leave a comment below. In shaa Allah, I will respond to it ASAP.
"Let's have a conversation"

Till then,

Bye.
-A

Instagram: alia_nadhira


Thursday, 21 July 2016

FIRST SEMESTER IN UUM


Assalamualaikum and hi everyone.


Nak cerita pengalaman sepanjang semester satu di UUM sebagai student B.Comm okay tak? Pengalaman yang sangat best, lain dari kehidupan di sekolah, matrik dan sebagainya. From my point of view lah, Sebab everyone have their own perspective right? :)

Okay, for this first semester. Alia ambil 6 paper bersamaan dengan 18 jam kredit so add dengan ko-k 1 jam kredit. Jadilah satu semester 19 jam kredit.

Okay, nak promote. Alia ambil ko-k public speaking. So, pada yang interested in this kind of ko-k boleh la participate. Seriously, i choose this ko-k to challenge myself. I love and I have a dream to talk in front of the crowd. Maybe word "crowd" agak besar kan? i choose it because nak build my confidence more and more. Best, seronok banyak pengalaman. So, this ko-k memg fully english for every presenatation, speech, forum and more. Kalau borak cakap melayu pun boleh. Tapi since dah ada different races there why not, cakap je english. Mix pun takpeeee. #sissupport

And guess what, bila kita tahu dekat mana talent kita. Kita boleh naik to another stage. For example me myself masa first semester dah dapat offer untuk "TRY'' ''CUBA'' jadi MC ( Master of Ceremony). Masa tu cubalah jadi emcee untuk Traditional Culture with Kolej Teknologi Alpha held by me and my partner Mohd Amirul. First time, konsep yang mula dengan formal sikit then nak bawak kepada konsep santai memang mencabar. Tapi, yang boleh dikongsikan adalah "Pengalaman. Pengalaman yang sangat penting." Takpe, nanti giliran korang pulak. Semoga Berjaya ;)



Thank you to lecturer yang always support kami from bottom until today. Alhamdulillah. Nanti adik adik jangan segan-segan cuba something yang different okay. Mana tahu korang ada talent yang belum dikeluarkan lagi, Betul tak? Jangan risau lecturer sangat sporting dan senang untuk kita nak berbincang. They will treat as an adult, and we as a student whatever it is "respect" towards them is a must.

Satu lagi yang minat travel, hiking boleh join kelab kembara. Sis suka kelab ni, Best. Nanti dah masuk UUM jangan lepaskan peluang panjat hutan Sintok okay?
Penat, mencabar tapi enjoy sangat. Curam dia memang jangan cerita lah. 90 degree punya okay. Nak naik 90 nak turun pun 90. Okay, jauh sangat dahni, kelaut dah ni. hahahaha.

Okay, now back to six paper yang Alia ambil untuk first semester ni.

1) Communication Theory // Teori Komunikasi
2) Introduction to Communication //Pengantar Komunikasi
3) Intoduction to Social Science // Pengantar Sains Sosial
4) Introduction to Media Technology // Pengantar Teknologi Media
5) Malaysian Nationhood Studies // Kenegaraan Malaysia
6) Ethnic Relationship // Hubungan Etnik

So this is my first semester subject. Oh lecturer nak tau tak? mestilah nak kan. Okay jap,

1) Dr. En. Hafiz (Favourite lecturer for every B.Comm student for my batch)
2) Dr. Romlah ( Our favourite lecturer too, masuk kelas Dr time petang memang mencabar. Tapi Dr. tahu macam mana nak hanlde kami. Thanks a lot Dr.
3) Dr. Galal ( Foreigner lecturer) even orang Yaman yang mengajar still you can learnt. To me, you'll learn more with them. And seriously perspective mereka sangat different dengan kita. Like an inspiration to me. But, everything is in your hand. You can still choose :)
4) Dr. Sobhi (memang sporting, senang nak bekerja dan belajar dengan Dr. Sobhi)
5) Dr. Zaharuddin (Dr, yang mengajar alia untuk paper universiti.) Nanti kalau dapat Dr, tahulah. Memang gelak saja. Tapi belajar tetap belajar okay guys.
6) Dr. Ismail (kalau tak silap) couldn't remember, Sorry. ingat alphabet depan je. He is one of my foreigner lecturer too. From Indonesia. Like I said. "What ever they shared with you, It is Beneficial"

So, till here. Jumpa lagi. 
-A

Instagram: @alia_nadhira
Instagram course: @perkom_uum

Monday, 18 July 2016

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH

BACHELOR OF COMMUNICATION WITH HONOURS

B.Comm (Hons)

Universiti Utara Malaysia, (UUM) Sintok, 
Kedah Darul Aman, Malaysia.

Hi, Assalamualaikum. Memang lama sangat tak update blog ni. Sekarang dah cuti sem dua bulan baru ada masa. So, Alia pasti. Mesti ramai adik adik yang nak jugak tahu kan tentang kos komunikasi yang ditawarkan di UUM ni kan?

Jangan risau adik adik. Kos komunikasi sememangnya akan mengubah kita untuk jadi seorang komunikator yang baik. Macam-macam perkara dan skill yang akan kita belajar dari pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dan sporting. Mereka mengajar dengan cara mereka yang tersendiri dan terserah pada kita macam mana nak adapt dengan situasi. Senang cerita, perlu ingat semakin kita besar, kita belajar banyak perkara dan setiap apa yang berlaku adalah pengalaman yang akan membantu build up our soft skill, mentally and physically.

Okay secara overall, UUM is THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY. "
Universiti Pengurusan Terkemuka"

Communication course in UUM will be giving you an advance of skills in order to have the ability to manage communication. senang cerita nihaa (Pengurusan Komunikasi) 

psst *A good management is really important in every organizational company

Bachelor of Communication (Hons.) is one of the academic programmes offered to undergraduate students under the School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC). It has 129 credit hours for students to fulfill during the academic session.

So adik adik, sekarang student komunikasi UUM ada majoring and minoring.

Sebagai contoh, me myself lah ye lebih practical kan. I'm majoring in Communication and i'm choosing my minoring in marketing, Every students of communication will be in the same major except for the minor.
You'll be choosing your own minor courses when you are in second semester i guess. so take noted everyone :) 

Cerita sikitlah kan pasal minor nak? 

It offers 4 (four) specializations or minor courses which are :
  1. Contemporary Marketing 
  2. Entrepreneurship
  3. Event Management
  4. Creative Media

Banyak masa, jangan risau, Nanti boleh jumpa lecturer atau google lah kat internet which combination is much more suitable, and of course which one suits you is a must. Allright ? ^^,

Instagram: @alia_nadhira
Instagram course: @perkom_uum